Terma & Syarat

  • Semua pesanan dan pembelian yang dibuat melalui laman web ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat  Pembelian Online  yang digariskan di bawah. Terma dan Syarat Pembelian Online mungkin berubah dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu, atas budi bicara kami.
  • Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Minda Tulus  Enterprise. Semua pesanan dan pembelian yang dibuat melalui kemudahan laman web ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Pembelian Online.
  • Minda Tulus Enterprise boleh membetulkan kesilapan atau ketidaktepatan dan mengubah atau mengemaskinikan maklumat pada laman web ini pada bila-bila masa tanpa notis, termasuk berkenaan harga dan ketersediaan stok.
  • Semua harga yang disenaraikan di laman web ini adalah dalam Ringgit Malaysia dan semua bayaran akan diproses dalam Ringgit Malaysia.
  • Minda Tulus Enterprise akan menggunakan usaha yang berpatutan secara komersil untuk memproses penghantaran pesanan  secepat yang mungkin dan dalam mana-mana tempoh masa yang dinyatakan, walaubagaimanapun, Minda Tulus Enterprise tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam penghantaran yang berada di luar kawalan. Jika barang itu tidak ada atau terdapat kelewatan dalam penghantaran oleh Minda Tulus Enterprise ia akan memaklumkan kepada pelanggan dalam tempoh 5 hari bekerja.
  • Barang-barang akan dihantar melalui kurier. Setelah pembayaran diterima dan diproses, barang-barang akan dihantar, sila membenarkan 1-3 hari kerja bagi kawasan dalam Lembah Kelang, dan 2-5 hari kerja untuk kawasan-kawasan Sabah dan Sarawak.