Terma & Syarat Affiliate

Terma & Syarat Affiliate

Berikut adalah terma dan syarat yang perlu anda persetujui untuk menyertai program affiliate APRICOTSEEDWORLD. Pastikan anda membaca semua maklumat yang terkandung didalam terma dan syarat ini dengan teliti untuk mengelakkan sebarang masalah atau kekeliruan di kemudian hari.

Penyertaan

  • Penyertaan adalah percuma. Anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran untuk menjadi agen affiliate APRICOTSEEDWORLD.
  • Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Promosi

  • Agen affiliate hendaklah menggunakan teknik promosi yang betul. Anda tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sebarang teknik spam, blackhat, greyhat dan sebagainya. Promosilah secara berhemah dan jujur supaya tidak mengundang sebarang masalah kepada mana-mana pihak yang terlibat.
  • Untuk mendapatkan komisen, anda haruslah melakukan promosi secara online sahaja. Sebarang pembelian produk secara offline tidak akan dapat dikesan oleh sistem affiliate. Jesteru itu komisen tidak akan direkodkan.

Komisen

  • Komisen hanya akan dibayar menggunakan akaun Maybank  sahaja. Oleh yang demikian, pastikan anda HANYA menggunakan bank  tersebut sahaja untuk tujuan penerimaan komisen.
  • Komisen akan dibayar pada setiap 15 haribulan
  • Had kelayakkan minimum komisen adalah RM 30.00 sahaja. Ini beerti, apabila komisen terkumpul anda mencecah RM 30.00, komisen anda akan dibayar pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Agen affiliate akan dibayar komisen sebanyak 10%.

Lain – Lain

  • Agen affiliate tidak dibenarkan untuk membuka lebih daripada 1 akaun affiliate.
  • Agen affiliate tidak dibenarkan membuat pembelian produk melalui link affiliate sendiri. Sekiranya ia berlaku, komisen yang terhasil tidak akan dibayar dan akaun affiliate akan dibatalkan.
  • Pihak APRICOTSEEDWORLD BERHAK menamatkan penyertaan mana-mana agen affiliate yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Pihak APRICOTSEEDWORLD BERHAK mendakwa mana-mana agen affiliate yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
  • Pihak APRICOTSEEDWORLD BERHAK meminda, membuang atau menambah mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan tanpa persetujuan daripada agen affiliate bergantung kepada keperluan semasa demi kebaikan semua pihak.